How you get sleepy after crying, Its like your mind is saying:
"You've sufferd enough, it's time to shut down for a bit.


Penat.
Mengeluh tidak bermakna aku tak bersyukur dengan segalanya.
Bukan juga bermaksud aku sudah putus asa dengan takdir.

Entahlah.
Terlalu banyak yang bermain di fikiran. 
Terlalu banyak keputusan yang perlu diberi jawapan.

Atau aku yang terlalu lemah untuk Redha dan percaya ada hikmah atas segala yang Allah cipta.
Kadang-kadang airmata seolah-olah kering untuk terbit lagi.
Hanya mata dan nafas yang menjadi laju sebab menahan sebak.

Aku tak nak mengeluh sebab beban yang Allah pilih aku untuk menangunggnya..
Sebab Allah tahu aku mampu angkat beban tu.
Sebab tu apa jua keputusan, aku kena fikir berkali-kali nak buat.
Sebab keputusan aku melibatkan banyak perasaan dan keinginan.

Ya Allah, sungguh kau mahu mendengar dan mengabulkan.


Aku pernah menulis tentang ini, beberapa tempoh lalu. tentang betapa baiknya tuhan yang menyimpan aib kita. tentang kalau al-khaliq SENDIRI sudi menutupnya— kita siapa hendak dengan megahnya menyelak dan membuka aib orang2 kiri-kanan kita. kemudian aku jumpai kisah ini. harapan aku tidaklah ia kisah yang fabricated macam banyak kisah2 nabi yang pernah aku pelajari dari sekolah dahulu. apa pun jua, ambillah iktibar. sebab aku rasa cantik sekali kisahnya. ———— ketika zaman nabi musa as, tersebut kisah yang menyatakan kaum bani israil ditimpa kemarau berpanjangan. mereka berjumpa nabi musa as dan berkata: “wahai kalamullah, berdoalah kepada tuhanmu supaya dia menurunkan hujan kepada kami.” lalu nabi musa bersama umatnya yang ramai ketika itu, berjalan bersama-sama menuju satu kawasan lapang untuk berkumpul. kemudian berdoalah nabi musa kepada allah supaya diturunkan hujan ke atas tanah gersang itu. namun, hujan masih tidak kunjung tiba, sebaliknya matahari semakin memancarkan kepanasannya. kemudian nabi musa berdoa lagi dan kali ini allah menjawab doanya dengan berfirman: “bagaimana aku akan menurunkan hujan kepada kalian, sedangkan di antara kalian ada seorang hamba di kalangan yang hadir berdoa— melakukan maksiat sejak 40 tahun lalu. umumkanlah di depan manusia supaya dia berdiri di depan kalian semua. kerana dia LAH aku tidak menurunkan hujan untuk kalian.” lalu nabi musa mengumumkan firman allah itu. saat itu, seorang umatnya tahu dialah orang yang dimaksudkan. lalu terbisik di hatinya: “kalau aku keluar di depan manusia, akan terbukalah rahsia ku. kalau aku tidak berterus-terang, hujan pun tidak akan turun.” hatinya menjadi gundah gulana hingga menitis air matanya sambil berkata dalam hati: “ya allah! aku sudah melakukan maksiat kepada-mu selama 40 tahun tetapi engkau tidak pernah membuka aibku. aku bertaubat kepada-mu sekarang, maka terimalah taubatku.” saat itu langit mula mendung dan hujan mulai turun. nabi musa kehairanan kerana TIDAK ADA SEORANG PUN muncul untuk mengaku seperti dikehendaki allah. nabi musa seraya berkata: “tunjukkan aku siapakah hamba-mu yang taat dan beriman itu, wahai allah.” namun allah menjawab: “ya musa, aku tidak membuka aibnya padahal dia bermaksiat kepada-ku. apakah aku membuka aibnya apakala dia SUDAH taat kepada-ku?” ———— pergh. macam tu sekali dipelihara aib kita. begitu berkoyan dosa, bertahun lama disimpan setiap butir dosa kita. tuhan— memang sesungguh-sungguhnya— maha mengasihan. dan jangan kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan jangan sesetengah kamu mengumpat sesetengah yang lain. al-hujurat ayat 12. semalam adalah selayaknya dibiarkan pada semalam. kayu ukur kepada siapa kita adalah hari ini. dan tidak ada siapa di antara kita yang berhak bercakap tentang esok2 kerana setiapnya cumalah suatu yang mungkin dan tak ada pasti. bagaimana kita hari ini sebagai respon kepada kita yang semalam— ITU adalah cantiknya islam. contohkan rasulullah saw. baginda menerima perkhabaran ikrimah anak kepada abu jahal— seteru yang bermatian memusuhi baginda— hendak memeluk islam. perkara TERAWAL dipesan kepada semua adalah: “usah disebut2, ditanya2 tentang bapa atau keluarganya. aku bimbang dia malu”. aib itu ada beribu rupa. dosa itu ada berjuta jenisnya. apa kau fikir semua pendosa bersaja2 melakukan dosanya? apa kau tidak pernah jumpa mat dadah bersumpah mahu bersih tapi gagal di setiapnya? apa kau tidak ada kenal teman penggogok arak yang telah buang segala botol namun tetap gagah membeli sebiji demi memuas hausnya? benar. syaitan itu jahat kerana tak pernah berhenti menyasarkan kita. tapi aku rasa— manusia itu berlebih lagi jahatnya— kerana apa yang syaitan ada cuma bisikan. kita adalah pelaksana. yang memiliki jasad dan menggerakkannya. kita dengki sesama kita. kita runsing kalau kita yang terpaling lemah dan goyah imannya. maka kita tuding2 pada orang— moga2 lemah dan goyah kita tersembunyi di sebalik lemah dan goyang orang yang kita suruh orang pandang. sudah2lah. sampai bila mahu begini. kita semua satu keluarga besar. kalau tak mau pimpin— jangan kita saja2 pengkeskan kaki mereka. kalau pada anjing kurap pun kita kasihan— takkan pada saudara sendiri kita tak ada ihsan? kalau pun kalian sudah ada di dalam syurga— takkan tak sayu melihat kami yang teringin masuk bersama? siapa yang menutup aib seorang muslim, nescaya allah akan menutup aibnya di dunia dan kelak di akhirat. dan allah senantiasa menolong hamba-nya— selama hamba- nya itu menolong saudaranya. riwayat muslim. selamat khamis, kawan2. moga2 tuhan kasihan sama kita— dan kaburkan setiap dosa kita dan dimaafkan— di padang mahsyar yang terlalu besar itu nanti.


P/s: Ajar hati ini redha Ya Allah, pada fitnah.. pada Aib yang dibuka lewat malam itu, lewat hari itu. Lindungilah mereka dari merasa apa yang aku rasa, kerana lukanya masih berdarah walau ia semakin tenggelam bersama masa.


aku manusia .
"
Assalammualaikum,

Lama tidak menulis disini, 
lama tidak meluahkan rasa walaupun berkali-kali rasanya menjenguk disini 
namun akhirnya tetap dibiar sepi.

Tinta seorang hawa,
aku kini sudah memasuki alam pekerjaan,
sudah memasuki alam perkahwinan,
keduanya alam lain yang perlu aku tempuhi dengan lagi gagah berani dan perkasa.

Selalu aku ingatkan diri,
jangan terlalu senang dengan kegembiraan,
sekali-sekali pandanglah kebawah agar aku sedar hidup ini ada dugaan.
namun, tidak aku nafikan yg aku bahagia.

Bahagia kerana kini aku mampu membeli dengan hasil titik peluh sendiri,
bahagia kerana dengan duit itu aku mampu berkongsi dgn ibu, abah, adik beradik & orang lain yang memerlukan.
dan terima kasih Allah kerana sentiasa mencukupkan. Alhamdulillah.

Apa yang lebih membahagiakan ialah menjadi seorang isteri kepada lelaki yang mahu menerima aku apa adanya.
Menjadi isteri kepada lelaki yang mengeluarkan aku dari kancah kesedihan suatu ketika dulu. 
Ya, lelaki itu kini adalah suamiku. Terima Kasih Allah, atas segalanya.



Tuhan, andai satu saat nanti kebahagiaan ini kau ganti dengan ujian,
cuma pintaku berikanlah aku kekuatan & ketabahan untuk menghadapi ujianMU itu kelak.
Sungguh aku sedar segalanya hanyalah pinjaman dan tiada apapun yang menjadi milikku.


p/s: Perasaan rindu pada negeri bawah bayu semakin membuak-buak. Allah, sampaikan aku dibumi bawah bayu dan makkah ya, sungguh aku rindu dan aku mahu kesana. murahkan rezekiku & suamiku,. Aaminn ya rabbal alamin.





Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...
"Kami tidak meminta rezeki kepadamu, Kamilah yang memberi rezeki kepadamu: Dan kesudahan yang baik adalah bagi orang yang bertakwa"


Ramai orang bila bercakap pasal rezeki, umumnya terus membayangkan duit yang banyak dan harta yang melimpah ruah.. Tapi pernahkah kita melihat rezeki itu daripada sudut yang lebih luas.

Tanpa kita sedar, sebenarnya:

Punya keluarga yang harmoni, tanpa perbalahan itu juga rezeki.
Punya anak-anak yang baik dan cemerlang dalam pelajaran juga rezeki.
Punya kehidupan sederhana tetapi bahagia itu juga rezeki.
Punya sahabat yang baik dan membaikkan itu juga rezeki.

Lumrahnya, manusia biasa seperti kita cenderung memandang rezeki itu dalam bentuk duit atau harta semata-mata.Sedangkan, rezeki itu luas maknanya.

Sering mendengar rungutan diri sendiri dan rakan sekerja yang merungut tentang kos hidup yang sangat-sangat tinggi sehingga menyebabkan ianya kadang-kadang tidak pernah mencukupi. Penat meneliti dan mencari dimana silap kita dalam percaturan ini. Dimana silapnya kita dalam berbelanja sehingga ia melebihi daripada bajet diri sendiri...... 

Sering aku mendengar kata-kata: Rezeki yang berkat itu kadang-kadang lebih daripada mencukupi.

Tertanya-tanya: Tidak berkat kah rezeki aku selama ini?? 

Dan sehingga sekarang aku masih tertanya-tanya sehinggalah aku yakin ada sesuatu yang mungkin bakal menjawab pertanyaan aku berkaitan rezeki ini.. 


:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:



Membariskan Panel-panel hebat seperti Tan Sri Ali Hashim, Dr Maza, Saiful Nang dan Ustaz Syaari, aku cukup yakin Talkshow LIMPAHAN REZEKI ini menjanjikan sesuatu ilmu baru untuk aku. Pertanyaaan - pertanyaan seperti berkatkah rezeki ku? Halalkan sumbernya pasti akan terjawab.

Pada mereka yang berminat untuk membongkar dan mengetahui keberkatan sumber rezeki mereka, ayuh sama-sama sertai Talkshow LIMPAHAN REZEKI ini. 

Layari www.jootawanjannah.com untuk penyertaan Anda. Jangan Lepaskan peluang ini kerana ianya ada sesuatu yang bakal merungkai dan membuka seluas-luasnya pintu rezeki anda..

" Sesungguhnya DIA memberi rezeki kepada sesiapa yang dikendaki-NYA dengan tidak terhitung Jumlahnya."


aku - 

tak seperti mereka yang solatnya terjaga penuh 

dengan rasa rendah diri terhadap sang tuhan 

mereka yang istiqamah puasa sunatnya

solat dhuha pula seakan wajib
subuh dan asarku tak seperti mereka -
yang selalunya dihiasi bacaan ma’thurat
quran pun terkadang dibiar sepi di rak
tahajud apatah lagi.


aku -
tak sekuat mereka.
mampu terus bertahan saat diasak dengan ujian
mampu tabah bila takdir tak seiring dengan kehendak
mampu terus berdiri saat hati sebenarnya sudah goyah
seringkali diri initenggelam dalam kesedihan dan kelemahan.


aku -
tak punya akhlak seperti mereka.
saat mereka berjubah dan berjilbab indah
diri ini lebih selesa berseluar jeans dengan t-shirt biasa
kata-kataku tak seindah kalam mereka 
hingga mampu menembusi hati manusia lain
bicaraku pula, tak selembut bicara mereka.

yang aku tahu
aku tak mampu jadi seperti mereka
tapi aku akan terus berusaha dan berusaha
untuk islah diri sendiri
walau tak mampu jadi seindah mereka :)




Selamat datang 2014.
Terima kasih Allah, masih memberi seorang pendosa ini
 ruang untuk terus bertaubat dan berubah..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...